BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 5, 2009

Interaksi Minggu Kedua

Taksonomi Bloom & Domain Kratwohl

1. Taksonomi Bloom merujuk kepada taksonomi yang dibuat bagi menganalisa bidang-bidang pendidikan yang telah disusun oleh Benjamin S. Bloom ( 1956 ).
2. Terdapat tiga domain utama yang terdapat dalam taksonomi ini iaitu ;
a. Domain Kognitif
i. Melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual ( perkembangan pemikiran ) seperti, pengetahuan, pengertian dan keterampilan berfikir.
b. Domain afektif
i. Melibatkan perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti sikap, nilai, minat dan cara penyesuaian diri.
c. Domain psikomotor
i. Melibatkan perilaku yang menekankan aspek perkembangan kemahiran fizikal.

DOMAIN KOGNITIF

a. Bidang kognitif merupakan bidang berkaitan dengan pengetahuan yang mementingkan fakta, perangkaan, teori dan kefahaman.
b. Objektif bidang ini berubah-ubah daripada mengingat kembali dengan mudah bahan –bahan yang dipelajari sehinggalah menggabungkan serta mensentisiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.

Taksonomi Bloom

1. Taksonomi Bloom merupakan bidang yang mementingkan kemahiran kognitif.
2. Bidang ini bercorak hierarki iaitu disusun daripada aras rendah kepada aras yang paling tinggi.
3. Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
Aras Taksonomi Bloom
a. Terdapat enam aras Taksonomi Bloom iaitu ;
i. Aras Pengetahuan
ii. Aras kefahaman
iii. Aras aplikasi
iv. Aras analisa
v. Aras sintesis
vi. Aras penilaian


i. Aras Pengetahuan

a. Tujuan
i. Mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku perubahan.

b. Objektif umum
i. Pada tahap ini mereka hanya diperlukan untuk mengetahui ( supaya pelajar tahu ).

c. Objektif khusus
i. Mampu melabelkan, menyenaraikan, dan menyatakan.

d. Soalan lazim
i. Apakah, Siapakah, mengapakah.

ii. Aras kefahaman

 Kebolehan memberi penjelasan sesuatu makna terhadap sesuatu perkara ( penjelasan secara terperinci )
 Aras ini tinggi sedikit daripada aras pengetahuan.
 Tiga perkara penting dalam aras kefahaman ini ialah ;
 Merupakan aras terjemahan iaitu isi kepada huraian
 Merupakan aras membuat tafsiran terhadap sesuatu maklumat
 Ekstrapolasi / tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

a. Tujuan

i. Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menjangkakan kemungkinan.

b. Objektif umum
i. Menjelaskan dan menelaah sesuatu maklumat

c. Objektif khusus
i. Membezakan, merumuskan, menghuraikan, membandingkan, menuliskan.

d. Soalan Lazim
i. Jelaskan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan.

iii. Aras aplikasi
 Aras aplikasi juga menekankan penggunaan kaedah, prinsip dan teori.

a. Tujuan
i. Menggunakan perkataan mujarat ( abstrak ) untuk menyelesaikan situasi / masalah yang maujud ( konkrit ). Daripada yang tidak jelas kepada yang jelas.

b. Objektif umum
i. Menggunakan, menyelesaikan ( supaya masalah jelas ), dan menunjukkan.
c. Objektif khusus
i. Menggunakan, menyelesaikan cara, mengendalikan, menyelesaikan dan menggunakan.

d. Soalan lazim
i. Bagaimana, berikan, carikan, kirakan, selesaikan, gunakan.

iv. Aras analisa

 Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara yang dipelajari kepada beberapa bahagian.

a. Tujuan
i. Menaakul / mencari sebab dan musabab ( akibat )
ii. Meleraikan satu kombinasi kepada beberapa bahagian.

b. Objektif umum
i. Menaakul, menjelaskan, menilai, mencerakinkan, menilai kerelevanan data.

c. Objektif khusus
i. Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur organisasi.

d. Soalan lazim
i. Yang manakah antara penyataan berikut yang tidak benar....

e. Kosa kata popular
i. Bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, klasifikasikan, bahagikan.
f. Menunjukkan sebab mengapa dan huraikan
g. Menaakul dan mencerakinkan.

v. Aras analisis

 Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta, idea-idea yang berkaitan.
 Contohnya dalam menulis karangan.

a. Tujuan
i. Membentuk soalan yang baru

b. Objektif umum
i. Menulis karangan, mencadangkan suatu pandangan, menghasilkan karya.

c. Objektif khusus
i. Menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan dan menulis.

d. Kosa kata popular
i. Gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan.

e. Contoh
i. ( Mencadangkan ) – senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
ii. ( Mencipta ) – huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan...

vi. Aras penilaian

 Menguji kebolehan calon.
 Membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, memberi pendapat tentang sesuatu masalah, penyataan masalah.

a. Tujuan
i. Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu

b. Objektif umum
i. Menimbangkan nilai, ketekalan, dan kecukupan data.

c. Objektif khusus
i. Menilai, membuat pertimbangan.

d. soalan lazim
i. Sejauh manakah, nilaikan, apa pendapat kamu/ anda.

e. Kosa kata popular
i. Nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.

f. Contoh soalan ;
i. Pada pendapat kamu, ujian yang manakah sesuai untuk penilaian pendidikan ujian lisan / bertulis?
ii. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan.


DOMAIN AFEKTIF KRATWOHL 1964 ( TAKSONOMI OBJEKTIF AFEKTIF )

a. Domain afektif ini disusun dalam lima peringkat :
i. Penerimaan
ii. Bertindak balas
iii. Menilai
iv. Organisasi
v. Perwatakan
b. Peringkat ini merangkumi bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai.

i. Penerimaan ( pemerhatian )

a. Tujuan
i. Keinginan dan kesanggupan menerima
o Kesanggupan memberi perhatian, mendengarkan ucapan / pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.
ii. Kesedaran
o Faktor estetik- reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.
iii. Pemerhatian kawalan
o Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan, seperti mendeklamasikan sajak.

b. Objektif umum
i. Mendengar dengan berhati-hati
ii. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran
iii. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial
iv. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan

c. Objektif khusus
i. Menyoal
ii. Memilih
iii. Menghuraikan
iv. Mengikut
v. Mengenalpasti
vi. Menamakan
vii. Menggunakan

ii. Bertindak balas

o Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara / rangsangan
o Mengambil bahagian secara aktif
o Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas.
o Tiga kategor dalam aras ini ialah ;
i. Persetujuan membalas.

0 comments: