BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 8, 2009

Interaksi Minggu Ketiga

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
1. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Merupakan Rancangan Persediaan Soalan Yang Dikenali Sebagai “ Test Blue Print”.
2. JSU juga merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
3. Terdiri daripada kandungan topik-topik pengajaran
4. Aras kemahiran adalah mengikut aras taksonomi pendidikan.
5. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
6. Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.
7. Bentuk-Bentuk Ujian dalam JSU iaitu :
• Objektif
• Esei
• Amali
• Kertas kursus, dll
8. Kepayahan atau kesukaran item dalam lingkungan 20% - 80 %

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
1. Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
2. Dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
3. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik
dan aras kemahiran.
4. Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.
5. Panduan bagi membentuk format ujian
6. Panduan membentuk soalan
7. Stabilkan aras kesukaran ujian setiap tahun
8. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan bagi sesuatu topik.
9. Dapat membuat perbandingan antara setiap ujian.
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah 1
• Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuj
Langkah 2
• Tentukan soalan yang hendak dibina
o Soalan objektif
o 1 markah bagi setiap item
o Jumlah soalan setiap topik
Langkah 3
• Menentukan modal aras kesukaran item
• Menggunakan taksonomi pendidikan
• 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor
Langkah 4
• Tentukan jenis ujian yang akan diuji sama ada ujian objektif, ujian struktur, ujian esei dan lain-lain.
Langkah 5
• Menentukan bilangan soalan setiap komponen
• Menentukan aras kesukaran soalan ( mudah – sukar )
• Menetapkan markah
Langkah 6
• Menyatakan mata pelajaran
• Tingkatan
• Susunan nombor soalan ikut tajuk

0 comments: