BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 5, 2009

Interaksi Minggu Pertama

Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
1. Pengujian, pentaksiran dan penilaian mempunyai tafsiran yang berbeza berdasarkan pengertian, tujuan dan ciri-ciri dan berkait rapat dengan proses pelaksanaan serta saling membantu bagi mencapai matlamat dalam proses pendidikan.

I. Pengujian

a. Pengertian
i. Menurut R. M. Gagne dalam bukunya The Condition of Learning, memberi pengertian kepada pengujian sebagai satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
ii. Ia merupakan satu alat pengukuran bagi tujuan mendapatkan maklumat mengenai pencapaian setiap pelajar dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif.
iii. Pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan / bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajari.

b. Tujuan
i. Menentuka perubahan tingkah laku pelajar
ii. Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu.
iii. Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan ujian.
iv. Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran.
v. melatih pelajar dalam persediaan peperiksaan awam pada masa akan datang.

II. Pentaksiran

a. Pengertian
i. Menurut Mokhtar Ismail (1995), pentaksiran dapat diertikan sebagai langkah untuk menentukan sesuatu tahap sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
ii. Pentaksiran juga merupakan satu proses atau sistem bagi menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan.
iii. Nilai kuantitatif ini dinyatakan dalam bentuk unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
iv. Pentaksiran digunakan untuk menetukan pencapaian dan kedudukan seseorang murid.

b. Tujuan
i. Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan murid.
ii. Membuat perbandingan pencapaian kedudukan di antara murid dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademik.
iii. Sebagai pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
iv. Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.

III. Penilaian

a. Pengertian
i. Buku Education Evaluation and Decision Making disunting oleh D. Stufflebeam.
 Penilaian dapat ditakrifkan sebagai satu proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
ii. Konteks pendidikan
 Suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisa dan keputusan bagi tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Prosedur penilaian dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu :

Peringkat Persediaan Ujian
Peringkat Pentadbiran Ujian
Peringkat Pemeriksaan Dan Pengukuran
Peringkat Analisis
Peringkat Tindakan


b. Tujuan
i. Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii. Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
iii. Menentuka kesan pengajaran guru yang berkesan
iv. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan.
v. Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam rekod.
vi. Menetukan keberkesanan pelaksanaan program KBSR.


0 comments: