BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

Interaksi Minggu Keenam

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENGENALAN

- Penilaian amat penting dijalankan di sekolah bagi mengesan kemajuan murid dari semasa ke semasa.

- Penilaian yang dibuat mestilah mengambil kira aspek perbezaan individu dari segi mental, emosi dan juga kecerdasan agar kualiti penilaian yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

- Murid yang mempunyai prestasi cemerlang dapat diberikan latihan susulan bagi memaksimumkan lagi kebolehan yang dia ada manakala bagi murid yang lemah, tindakan pemulihan dapat dilaksanakan bagi membolehkan murid tersebut mampu meningkatkan daya fikir dan bakat seperti rakannya yang lain.

- Kaedah penilaian bahasa dapat dijalankan dengan pelbagai cara seperti penilaian melalui kontrak pembelajaran, penilaian melalui portfolio, penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui soal jawab, penilaian melalui projek dan penilaian melalui kertas kerja.

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

- Portfolio pada umumnya merupakan folder atau fail atau yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi seseorang individu tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan.

-Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio

- Portfolio mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan kaedah penilaian bahasa yang lain.
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan, perancangan dan penilaian yang teliti.

2. Proses pembelajarannya dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

3. Portfolio juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

4. Portfolio mempunyai kandungan yang terdiri daripada maklumat secara urutan dan bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio

Portfolio terdiri daripada tiga jenis iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil terbaik dan portfolio dokumen.
1. Porfolio kerja harian
merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya, proses pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan sepasang baju kurung yang menggambungkan beberapa jenis jahitan.

2. Portfolio hasil terbaik
merupakan bahan yang dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini bermakna portfolio hasil terbaik bergantung sepenuhnya terhadap dokumen-dokumen yang terdapat dalam portfolio kerja harian. Hal ini mengambarkan bahawa portfolio hasil terbaik berbentuk sumatif.

3. Portfolio dokumen
hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
- Penilaian portfolio memberi fokus utama kepada proses dan tidak memberatkan kepada hasil.

- Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang turut digunakan supaya murid boleh belajar untuk menilai diri sendiri.

- Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

- Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

- proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio
- Setiap kaedah mempunyai keegunaan tersendiri berbanding kaedah lain. Portfolio juga mempunyai beberapa kepentingan.
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik dan dapat menggalakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
2. Portfolio juga penting untuk membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan dan turut mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
3.Penilaian melalui portfolio membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan Portfolio.

- Sebelum membuat portfolioGuru mesti menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. Hal ini memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sah
- Guru mesti mengenalpasti isi kandungan portfolio seperti berapa banyak bukti yang diperlukan untuk dijadikan bahan bagi mengesahkan maklumat mengenai pencapaian pembelajaran pelajar.
- Guru memilih satu langkah atau sistem mengenai pengedalian isi kandungan portfolio tersebut .
- langkah yang terakhir sekali, ialah menentukan penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Cara Membina Portfolio
Terdapat tiga peringkat semasa membina portfolio.
1. Peringkat pertama ialah kita perlu menghuraikan terlebih dahulu tujuan portfolio. Antara perkara yang perlu dihuraikan ialah instrumen portfolio dan menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
2. peringkat yang kedua pula, ialah menentukan isi portfolio. Dalam peringkat ini, aktiviti dan jenis pembelajaran perlu dihuraikan agar murid-murid memahami apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Selain itu, penyemakan terhadap bukti atau sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran perlu dilaksanakan bagi memastikan maklumat tersebut benar-benar sah. Guru juga mesti memastikan bahawa kriteria yang dibina atau dijadikan sebagai syarat portfolio tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Seterusnya, penyemakan terhadap huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang juga dilaksanakan.
3. Langkah yang terakhir ialah menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Hal ini meliputi menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar serta menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

Jika sekiranya, semua langkah ini dilaksanakan secara terperinci dan berkesan maka portfolio ini dapat dijadikan sebagai instrument penilaian yang paling baik dan berkesan untuk mengesan perkembangan dan tahap pencapaian murid



MENGUMPUL MAKLUMAT
Mengumpul maklumat merupakan tugas pelajar untuk memenuhi kriteria tugasan portfolio yang telah diberi kepada mereka. Terdapat pelbagai cara pelajar untuk mengumpul maklumat. Antaranya ialah melalui temu bual, lawatan dan penyelidikan serta rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan teknologi maklumat. Kesemua maklumat yang dikumpul mestilah mempunyai bahan bukti yang mengatakan bahawa maklumat tersebut daripada bahan atau pihak yang boleh dipercayai. Bahan bukti tersebut boleh berbentuk tulisan atau dokumentasi gambar.
Selepas itu, kesemua maklumat ini akan dipendahkan ke dalam komputer bagi tujuan dokumentasi atau untuk kandungan fail.

MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu :
1. menggunakan skala berkadar
2. menggunakan kaedah senarai semak.


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
 Penilaian melalui pemerhatian merupakan salah satu lagi kaedah penilaian yang boleh dilakukan untuk mendapat maklum balas terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif, faktor-faktor bahan dan persekitaran serta psikomotor. Terdapat pelbagai cara untuk menjalankan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh berlaku antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan Senarai Semak, Rekod Anekdot ataupun Rekod Profil.


Pelaksanaan Proses pemerhatian
Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian iaitu kualiti pemerhatian, bentuk perancangan dan rekod pemerhatian.

1.Kualiti Pemerhatian
Kualiti pemerhatian menjelaskan ciri-ciri seorang guru yang baik dalam membuat pemerhatian supaya pemerhatian yang dilakukan mempunyai kualiti yang tinggi. Ciri yang pertama ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. Hal ini penting agar guru tersebut dapat memberi alasan yang kukuh atau jawapan yang boleh diterima akal ketika disoal mengenai pemberian markah terhadap pelajar. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran.
Kepekaan guru akan memberi impak terhadap markah pelajar tersebut. Di samping itu, guru juga mesti yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil terutama sekali terhadap pemberian markah pelajar. Sikap ini amat penting supaya semua individu berpuas hati terhadap markah yang mereka peroleh. Sikap ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu perkara merupakan tunjang dalam semua kejayaan. Jika guru tersebut tidak bersikap adil, keadaan akan bertambah teruk dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diukur dengan tepat.

2. Bentuk Perancangan
Perancangan merupakan perkara yang paling penting dalam menjayakan sesuatu matlamat atau objektif. Oleh itu, penilaian melalui pemerhatian juga mengandungi bentuk perancangan yang tersendidri. Perancangan yang dilakukan mestilah rapi dan tersusun mengenai ujian pemerhatian yang akan dilakukan. Antara perkara yang perlu dirancang secara rapi ialah penyediaan alat yang releven dengan jenis pemerhatian serta menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
Selain itu, teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor juga perlu ditentukan agar maklumat yang didapati tidak tercicir dan dapat didokumentasikan dengan segera.Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian adalah amat penting bagi membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti pemerhatian yang dilakukan.

3. Merekod Penilaian Pemerhatian
 Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi pendekatan, menajalankan tugas, cara merekod dapatan atau rumusan dan tidakan susulan yang akan diambil.
 Pendekatan merupakan kaedah individu atau berkumpulan semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
 Menjalankan tugasan pula membawa maksud cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
 Cara merekodkan dapatan dan rumusan mengenai dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
 Tindakan susulan pula merupakan rekod tindakkan susulan melalui hasil yang akan dicapai.


JENIS PEMERHATIAN

 Pemerhatian boleh dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.oleh itu, terdapat tiga jenis pemerhatian yang boleh dilakukan oleh guru iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan, memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka dan memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
 Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan bermaksud guru tersebut hanya melaporkan apa saja yang dilihat dan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. Jenis pemerhatian ini walaupun hanya membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat tetapi penilaian tidak dibuat secara terus dan markah yang diberikan masih boleh diubah selepas sesi menemu bual dijalankan.
 Jenis yang kedua iaitu memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka bermaksud menilai bukan pada satu aspek sahaja tetapi meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
 Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang merupakan penilaian dalam bentuk sekuen iaitu penilaian secara berperingkat. Keadaan ini akan memberi dapatan yang berkesan dan bermakna mengenai perkembangan proses terhadap sesuatu tugasan yang dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN
- Pemerhatian dapat dijalankan mengikut pelbagai strategik yang dirasakan dapat membantu menjayakan pelaksanaan pemerhatian yang dilakukan.

- Antara strategik yang boleh dilaksanakan ialah pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau dirancang, menggunakan senarai semak, melakukantindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian, memastikan bahawa jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan, maklum balas mestilah diperolehi daripada guru dan pelajar dan akhir sekali membuat refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN.

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

0 comments: