BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 16, 2009

Interaksi Minggu Kelima

JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIF
- Penilaian formatif merupakan satu bahan yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
- Skop pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan terhad dan tidak luas.
- Penilaian ini dapat dijalankan secara formal dan tidak formal.
- Contoh penilaian secara formal ialah :
ujian yang dikenali sebagai ujian kertas-pensel .

- Ujian ini dijalankan selepas beberapa unit kemahiran selesai diajar.
- Keputusan ujian ini akan dimasukkan dalam borang prestasi dan seterusnya keputusan
tersebut digunakan untuk melaksanakan tindakan susulan sama ada murid tersebut
termasuk dalam kumpulan sederhana, cerdas atau lemah.
- Contoh penilaian secara tidak formal ialah
pemerhatian, bersoaljawab, latihan congkak dan memeriksa hasil kerja murid
melalui aktiviti yang dilaksanakan

- Penilaian ini dijalankan tanpa merancang secara tersusun terlebih dahulu apa yang
hendak diuji.


SUMATIF
- Penilaian sumatif boleh didefinisikan sebagai bahan atau alat ujian yang dibina
oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran yang diajar dalam jangka masa yang
panjang meliputi satu penggal pembelajaran, satu tahun pembelajaran atau satu
tempoh pembelajaran yang telah ditentukan.
- Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk mengesan tahap penguasaan dan pemahaman
murid dalam kelas terhadap unit kemahiran yang telah diajar dan untuk mendapatkan
satu maklumat mengenai tahap perbandingan pencapaian murid antara kelas.
- Penilaian ini dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan seperti
peperiksaan semester dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).
- Keputusan ujian yang dijalankan akan direkodkan sebagai bukti terhadap pencapaian
yang dimiliki oleh pelajar.
- Keputusan ini juga akan digunakan untuk menyusunkan kembali murid mengikut tahap
kemampuan mereka.
- Hasil daripada penilaian ini juga dapat membantu guru dalam merancang aktiviti
yang berkesan untuk membantu murid yang lemah bagi membolehkan mereka mendapat
tahap penguasaan yang sama dengan murid yang cerdas.


UJIAN KEFASIHAN
- Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan
menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu
kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap
bahasa yang dipelajari.
- Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.
- Kebolehan berbahasa amat penting bagi memudahkan murid tersebut berkomunikasi
dengan orang lain untuk tujuan kepentingan dirinya mahupun pihak lain.


KEMAJUAN
- Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru selepas beberapa
kemahiran dalam sesuatu topik yang telah selesai diajar.
- Hal ini juga dapat membantu guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan
seseorang murid terhadap kemahiran atau topik yang telah diajar.
- Ujian secara tidak formal boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumat pencapaian
murid seperti aktiviti soaljawab secara lisan.



UJIAN BAKAT
- Ujian jenis ini adalah khusus untuk mengetahui prestasi seseorang murid dalam
pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
- Ujian ini selalunya melibatkan data-data bahasa yang artifikal iaitu mengandungi
unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
- Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menilai bakat seseorang ialah :
syarahan, pidato, pantun dan teater pembaca.



PENCAPAIAN
- Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai
kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
- Ujian ini dijalankan secara formal kerana kemahiran yang diuji adalah luas serta
memerlukan masa yang lama.
- Keputusan ujian ini bukan sahaja direkodkan tetapi keputusan tersebut juga
digunakan menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
- Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran
yang telah diajar sahaja.
- Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan- kumpulan tertentu murid.
- Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon
mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan
perancangan pengajaran guru agar lebih berkesan.

0 comments: