BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 1, 2009

Interaksi Minggu Ketujuh

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti bentuk akhir tugasan dihasilkan, bagaimana tugasan dihasilkan secara individu atau kumpulan , tempoh menyiapkan tugasan atau tarikh tugasan dihantar kepada guru, kaedah penilaian dibuat secara proses atau hasil akhirnya sahaja, tindakan atau akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak dan kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
 Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri dan kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya. Selain itu, kontrak pembelajaran juga dapat dijadikan bukti untuk menunjukkan objektif tercapai serta bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai.
 Di samping itu, kontrak pembelajaran juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran masingmasing mengikut minat dan keupayaan sendiri dan membantu mereka untuk membuat refleksi sepanjang proses kerja-kerja dijalankan.

CARA MENGGUNAKAN KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah dan penilaian tugasan berkenaan.

1.Penilaian objektif tugasan
 Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya
 Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang\difikirkan sesuai
 Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru


2.HASIL PEMBELAJARAN
 Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, dan rencana
 Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3.PENILAIAN
 Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
 Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan
 Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan
 Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya

FORMAT / BENTUK KONTRAK
 Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
 Perlu diingat bahawa dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat



KESIMPULANNYA

 Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.
 Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.
 Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.


PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB

 guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
 guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
 guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
 jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
 tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

0 comments: