BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 7, 2009

Interaksi Minggu Sepuluh

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Menilai dengan menggunakan instrumen :

1. Forum

• satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.

• teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

• tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

• soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.


2. Debat

• pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

• terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.

• huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.

• setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.

• pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.

• sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.

• masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.


3. Pidato

• huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.

• interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.

• pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.

• hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.


Pantun

• satu bentuk puisi lisan yasng bersifat peribumi.

• rangkap-rangkap pantun yang mudah, ringkas dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik, uji menguji di kalangan masyarakat.

• seperti perumpamaan, bidalan, dan rumus-rumus bahasa tersirat.

• terdapat pantun 2 baris, 4 baris dan 8 baris.

ciri-ciri pantun:

• bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan.
• bahasa bebas dari pantang larang.
• mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
• unsur-unsur persekitaran menjadi ilham.


Sajak

• satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas bentuknya dari puisi tradisional seperti pantun dan syair.

• rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.

• baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.

• pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.

• penggunaan kata dna ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.


Ceramah

• pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.

• penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.

• biasanya diadakan di majlis atau perhimpunan.

jenis-jenis ceramah :
1. ceramah agama
2. ceramah pendidikan
3. ceramah kesihatan
4. ceramah kesedaran dan sebagainya


Syarahan

• syarahan mempunyai kata aluan,pendahuluan, kata penghadapan, isi dan penutup.

• penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.

• isi syarahan perlu berdasarkan fakta yang tepat dan contoh-contoh yang relevan. isi utama perlu disokong oleh isi sampingan.

• sebagai langkah awal, sediakan satu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.

0 comments: