Pembinaan Ujian
1. Ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat penilaian mengenai pencapaian murid di dalam bilik darjah.
2. Seharusnya guru perlu memastikan bahawa ujian yang hendak dilaksanakan tersebut benar-benar dapat menguji apa yang diuji dan mestilah tekal.
3. Terdapat beberapa jenis ujian yang dapat digunakan dengan berkesan jika dirancang dan sesuai dengan kemahiran yang hendak diuji.
4. Berikut merupakan jenis ujian iaitu :
o Soalan objektif
o Soalan subjektif
SOALAN OBJEKTIF
Konsep- Merupakan ujian yang memerlukan pilihan jawapan yang paling tepat
- Soalan dapat diperiksa dengan mudah
A. Panduan pembinaan soalan objektif
Jenis item/ soalan
1. Item bebas ( jenis sumbangan )
o Calon teliti soalan dan menuliskan jawapan pada ruang yang disediakan.
Jenis soalan
Melengkapkan penyataan
2. Item respon tetap ( objektif pilihan)
o Item salah betul-
Dua pilihan sama ada betul atau salah
Setuju atau tidak setuju
Ya atau tidak
o Item padanan
Memadankan objek yang berkaitan
o Item aneka pilihan
Aneka pilihan berbentuk soalan
Aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap
Jenis jawapan terbaik
Analogi
Antonim
Jenis negatif
Isi tempat kosong
Jenis cantuman
Prinsip pembinaan soalan/ item
1. Pokok soalan
Ciri-ciri bahasa mudah- idak menggunakan aras bahasa yang tinggi bagi murid sekolah rendah.
Bentuk- ditulis dalam ayat soalan / tidak lengkap
Aras kesukaran mengikut aras JSU
Kurangkan soalan-soalan yang berbentuk negative- hanya 10% sahaja soalan berbentuk negatif.
Gambar rajah, carta dan sebagainya perlu disertakan dengan soalan berkaitan.
2. Pilihan jawapan
Hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.
Contoh; pilihan jawapan mengikut kepanjangan perkataan.
Jika pilihan jawapan dalam bentuk angka perlu kesemuanya dalam bentuk angka.
Elakkan perkataan yang berulang dalam pilihan jawapan.
Pastikan terdapat satu jawapan yang betul.
Dalam pilihan soalan perlu ada distraktor ( pengganggu )
Elakkan/ kurangkanpilihan jawapan yang tidak ada jawapan. Contoh : semua di atas.
3. Struktur item/ soalan
Menggunakan abjad. Contoh ; A,B,C,D
Menggunakan angka roman. Contoh ; I, II, III, IV
4. Mempunyai bahan rangsangan. Contoh ; gambar rajah.
B. Kelebihan Dan Kelemahan Soalan Objektif
Kelebihan
1. Mudah
Mudah dalam membina soalan
Mudah diperiksa
2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan- ujian boleh diukur dengan tepat.
3. Dapat menguji banyak topik dalam matapelajaran- luas.
4. Soalan objektif mudah ditafsirkan.
5. Mempunyai nilai diognostik
6. Ciri keobjektifan tinggi
Kelemahan
1. sukar membina item
2. tidak dapat menguji kemahiran menyusun
3. Tidak dapat mengukur keaslian
4. Memakan masa lama untuk membina soalan
5. Calon yang bijak tidak belajar cukup banyak – pelajar bijak boleh membezakan pilihan jawapan yang tepat dengan mudah.
SOALAN SUBJEKTIF
Konsep
- Calon berpeluang menjawab menggunakan ayat sendiri.
- Jawapan dalam bentuk pernggan
A. Panduan pembinaan soalan objektif
Jenis item / soalan
1. Item tindak balas terhad ( struktur )
o Calon menjawab dalam jawapan pendek
o Mengehadkan isi dan bentuk jawapan.
2. Item tindak balas lanjutan ( esei )
o Beri peluang kepada pelajar menulis menggunakan perkataan sendiri
o Kemahiran aras tinggi dapat diuji.
B. Kelebihan dan kelemahan soalan subjektif
Kelebihan
1. Mudah digubal dam menjimatkan masa.
2. Peluang meneka soalan kurang
3. Peluang meniru adalah kurang
4. Sesuai untuk aras kemahiran yang tinggi
Kelemahan
1. Pemeriksaan kertas memerlukan masa yang panjang untuk menyemak
2. Mempunyai kesahan yang rendah
3. Keobjektifan rendah
4. Topik yang hendak diuji terbatas
5. Calon mudah meramal soalan yang dikeluarkan.
Thursday, July 23, 2009
Interaksi Minggu Keempat
Posted by Ida@Dye at 7:25 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)